Yakin Berjaya

Aktiviti Kami

Pusat tuisyen ini memberi latihan subjek kepada murid-murid daripada peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pengalaman kami selama 12 tahun di bidang latihan pendidikan, memberi peluang dan galakkan kepada beratus-ratus pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka di bidang yang dipelajariya.

Justeru itu , bagi meningkatkan lagi prestasi murid , kami mengadakan seminar subjek , seminar motivasi dalam pembelajaran dan kaunseling secara individu bagi
mengatasi masalah yang di hadapi oleh pelajar . Latihan-latihan yang mencabar
diberikan kepada pelajar untuk mengatasi kelemahan mereka.

Kami sentiasa mengawasi para pelajar yang memerlukan bantuan untuk pembelajaran. Latih tubi adalah cara berkesan yang diperkenalkan oleh kami bagi
memberi perangsang dalam subjek tertentu. Pengulangan Latih Tubi ini meningkatkan keyakinan pelajar dalam subjek yang lemah.

Perjumpaan Ibu bapa

Ibu bapa adalah asas kejayaan anak-anak mereka. Dengan ini , kami memberi peluang kepada ibu bapa untuk menghadiri seminar kami. Dalam perjumpaan bersama ibu bapa, kami akan mengadakan sesi temu bual bersama ibubapa dan
membincangkan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Selain daripada itu, kami juga memperkenalkan kursus khas bagaimana meningkatkan sistem pembelajaran oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dalam sesi ini ibu bapa akan diberi penerangan bagaimana membantu anak-anak
mengatasi masalah pembelajaran.

Seminar Subjek

Bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM , kami selalu mengundang guru-guru bertauliah untuk memberi penerangan subjek dan teknik menjawab soalan peperiksaan.

Cara-cara menjawab soalan dengan tepat diajar kepada murid-murid melalui seminar peperiksaan yang dikendalikan sebelum sebulan untuk peperiksaan.Pendekatan kepada soalan , memudahkan para pelajar menjawab soalan tanpa
sebarang masalah.

Visi

Mewujudkan pelajar yang bersiplin dan berwawasan dalam pembelajaran

Misi

Meningkatkan daya kreatif dan inovatif pelajar sejurus dengan wawasan negara.

Motto

“WE CARE FOR YOU”






HOME |ABOUT US |PSC TRAINING & DEVELOPMENT | e-BANK SOALAN |CONTACT US
Copyright © 2007 PSC Education. All rights reserved.